Monday, April 2, 2012

berCOUPLE itu haram apabila :

1. TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA


berhibur, bersuka-suka, melepaskan syahwat nafsu dan bukan bertujuan untuk berkahwin.


2. TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA


melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran islam iaitu :-
   a. berpegang-pegangan
   b. berpandang-pandangan
   c. bermanja-manjaan
dan lain-lain.


3. MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA


Peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan apabila pasangan yang bercouple berdating. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung ke sana-sini. 


Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita


4. MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR


Biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Wanita juga apa kurangnya. Penggunaan wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan. (Rujuk Al-Israa ayat 27)


5. MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA


Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama.



SETELAH memerhatikan ayat di atas, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

No comments:

Post a Comment